🎒 Loceng Pertama 🔔
Anita menggenggam beg galas barunya seperti sebuah perisai. Warnanya biru terang, dengan gambar roket dijahit di hadapan - kata ibunya, ia membuatkan Arif kelihatan berani.
Tapi, keberanian terasa jauh ketika dia berdiri di pintu pagar sekolah - dikelilingi wajah-wajah asing dan bangunan tinggi yang berbau kapur dan pengilat lantai.
Ayahnya berlutut di sebelah. “Nita, hari ni Nita akan belajar benda-benda hebat,” katanya sambil membetulkan tudung Anita. “Dan mungkin jumpa kawan baru,” katanya lagi.
Anita mengangguk, walaupun perutnya rasa seperti ada semacam yang berguling-guling.
Di dalam kelas, semuanya bising - kanak-kanak ketawa, kerusi diseret, dan guru yang suaranya seperti gendang ceria. Anita duduk di hujung bilik, mata terbuka luas, tangan digenggam erat.
Tiba-tiba ada yang menepuk bahunya.
“Hai,” kata seorang budak berambut kerinting dan gigi depan yang hilang. “Saya Zaki. Nak duduk sebelah saya?”
Anita dengan matanya yang berkelip. “Okay.”
Sepanjang hari mereka melukis dinosaur, mengira guli, dan berbisik tentang snek yang dibawa. Semasa rehat, mereka berlari di taman permainan seperti angkasawan di planet Marikh.
Apabila loceng terakhir berbunyi, Anita berlari kepada ayahnya, tersenyum lebar. “Nita dapat kawan baru harini ayah,” katanya, tercungap-cungap.
Ayahnya tersenyum. “Kan ayah dah kata - kamu akan belajar sesuatu yang hebat.”
No comments:
Post a Comment